Bahasa Jepun | Bahasa Inggeris | Bahasa Melayu | Maksud | Contoh |
Seiri | Sort | Sisih | Menyisih barang-barang yang tidak perlu; Mengasingkan dan melupuskan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik. | Membuang sampah. |
Seiton | Set in Order | Susun | Kekemasan : Menyusun barang-barang yang diperlukan secara kemas dan sistematik supaya mudah diambil dan dikembalikan di tempat asal selepas digunakan. | Mencapai dokumen dalam tempoh 30 saat. |
Seiso | Shine | Sapu | Pembersihan: Membersihkan dan memeriksa tempat kerja secara terperinci supaya tiada debu atau kotoran di atas lantai, peralatan dan persekitaran tempat kerja. | Tanggungjawab harian untuk pembersihan ruang dan peralatan kerja individu |
Seiketsu | Standardise | Seragam | Keseragaman: Mewujudkan piawaian amalan terbaik di tempat kerja dan memastikan piawaian tersebut dipatuhi di samping memastikan tempat kerja itu bersih dan teratur sepanjang masa. | Tempat penyimpanan peralatan dan dokumen yang jelas. |
Shitsuke | Sustain | Sentiasa Amal | Disiplin: Melatih pekerja untuk mengamal sistem Amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja organisasi. | Lakukan Amalan 5S secara harian. |
Wednesday, September 1, 2010
RUMUSAN AMALAN 5S
Tuesday, August 31, 2010
Monday, August 30, 2010
OBJEKTIF 5S
- Mewujudkan tempat kerja yang bersih, kemas dan sistematik untuk keselesaan kakitangan.
- Meningkatkan kerjasama antara kakitangan dalam melaksanakan tugasan harian.
- Mewujudkan disiplin yang tinggi dan berhemah di kalangan kakitangan.
- Memastikan keselamatan di tempat kerja untuk setiap kakitangan.
- Meningkatkan mutu perkhidmatan kerja melalui penerapan budaya kaizen (inovasi).
KONSEP 5S
SISIH
Sisih adalah tindakan mengasingkan barang/dokumen yang perlu daripada sekumpulan barang/dokumen yang tidak diperlukan di tempat kerja.
SUSUN
Susun adalah tindakan menyusun dan melabel barang/dokumen yang diperlukan (kecuali barang/dokumen terperingkat). Dengan amalan Susun, barang/dokumen akan nampak kemas dan teratur, proses pencarian akan dipermudahkan dan penggunaan ruang tempat kerja akan dapat dioptimumkan.
SAPU
Sapu adalah tindakan bagi memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih daripada habuk/debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan, kualiti produk dan kesihatan pelanggan serta pekerja.
SERAGAM
Seragam adalah aktiviti penting di samping aktiviti Sisih, Susun, Selamat dan Sapu. Amalan Seragam melibatkan aktiviti seperti menyusun barang/dokumen, memberi nombor rujukan dokumen, memfail, melabel dan sebagainya. Ini akan memudahkan proses memfail dan mencari fail atau dokumen serta mencari barang apabila diperlukan.
SENTIASA AMAL
Amalan Sisih, Susun, Selamat, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal hanya akan berkesan sekiranya semua tindakan yang ditetapkan diamalkan secara berterusan. Dengan itu, setiap warga organisasi perlu mematuhi peraturan, standard dan nilai kerja yang telah ditetapkan bagi tindakan-tindakan Sisih, Susun, Selamat, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Ini memerlukan disiplin dan penghayaran oleh semua anggota dalam membudayakan amalan-amalan tersebut dalam tugas seharian mereka. Setiap organisasi hendaklah menggunakan kemudahan dan sumber sedia ada yang tidak memerlukan kos yang tinggi megikut kreativiti masing-masing bagi memastikan kejayaa erlaksanaan Amlan 6S.
Sunday, August 29, 2010
JKDM - Dasar Amalan 5S
Warga JKDM sentiasa mengamalkan semangat kerja berpasukan dan berdisiplin demi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas , teratur dan selamat melalui Amalan 5S yang berterusan.
Subscribe to:
Posts (Atom)